Tuesday, November 13, 2012

catching up

lama gua tutup blog ni. serius lama gila.

nak kata gua tengah hiatus, terlalu hijabster sangat bunyinya.

nak kata gua busy membanting tulang mencari rezeki, rasanya tak terkira banyaknya tulang-temulang gua remuk dek bebanan kerja terlampau yang kebanyakkannya dibuat orang berperangai tahi.

baiklah. we go direct to the point. gua pun bukan suka sangat pun nak bagi tau satu dunia hal peribadi gua. gua rasa in-secured. rasa macam ada je orang stalk life gua. rasa macam artis. puii.

banyak yang gua nak sharing is caring dengan lu orang. dalam tempoh 8 bulan yang gua senyap sunyi menyepi diri ni sebenarnya gua banyak berfikir. gua observed perangai manusia-manusia, yang sampai to one extend buat gua rasa jelak dan berfikir " what kind of world I'm living in?"

amboi. dah pandai cakap omputeh gua ni.

tapi nak buat macam mana. gua simpan je diam-diam dalam hati lepas gua fikir dalam-dalam jika sekiranya gua memilih untuk retaliate. gua tahu gua tak gagah. gua tahu meski gua melawan gua takkan ada side-kicks yang akan back up gua. pendek kata gua bukan risk-taker.


eh. banyak betul yang gua nak share ni. nanti lah gua sambung. gua nak pergi menyahut seruan semulajadi.(baca: nature's call)

babai. 

Friday, March 2, 2012

faith

sebulan dua je gua ada untuk nikmati hidup sepuasnya di sini. lepas ni gua rasa gua perlu lebih considerate dengan banyak pihak sebelum gua melayan fitrah bujangan gua ni. well, gua bukan menidakkan sesuatu yang wajib gua taat dan patuh. gua dalam proses redha dalam segala hal. sebab lepas ni hidup gua takkan sama macam sekarang, atau sebelumnya.

baru-baru ni gua ada mention gua stress dengan kerja. one after another isu arises, sampai buat gua lelah. ada satu tahap gua give up, gua nak let go segala obligation gua. helpless. masa tu gua rasa hilang motivasi. down macam shit gua cakap lu. terkapai-kapai gua cari solusi. gua beruntung walaupun bos gua kadang-kadang annoying gila, tapi dalam keadaan gua yang paling celaka ni, dia support gua, guide gua supaya lebih tenang hadapi cabaran masa kerja.

oh.pasal system yang breakdown tu dah settle. damn you UV light!

maaf. gua ter-emosi.

gua tau lepas ni belum tentu gua dapat bos macam ni dah. gua tau hakikat itu takkan sama.

gua tanya lu, apa lu betul-betul redha saat lu terpaksa buat pilihan antara melepaskan sesuatu yang sudah tentu menjamin kegemilangan masa depan lu demi sesuatu yang kabur? apa lu betul-betul menyerahkan nasib lu kepada sesuatu yang lebih membawa pulangan compared to benda yang terpaksa lu lepaskan yang lu usahakan dari sekecil zarah?

gua bukan malaikat. gua bukan solehah untuk jadi terlalu redha.

gua manusia.

ada masanya gua marah. gua kecewa. gua tak boleh lari dari semua perasaan negatif tu. tipu yang teramat lah kalau gua cakap gua cool. gua tak dapat lari dari sumpah seranah diri gua sendiri, sebab tak boleh jadi kuat terima takdir. gua maki diri sendiri sebab terlalu rapuh. sebab apa?

sebab gua manusia.

dari situ konsep "faith" coming into picture.

orang putih cakap,

"when everything seems impossible, but the moment you have faith and you hold into it, everything will seems possible."

manusia ni tahap penerimaan hakikat beza-beza. setengah-setengah tu maki hamun dulu. ada pulak yang menangis sampai bengkak-bengkak mata. ada yang tak pernah-pernah diam, membisu seribu bicara. jadi nak sampai tahap ada keyakinan tu bukan senang. permulaan penerimaan itu adalah dengan menyalahkan keadaan sebelum dia duduk diam-diam, muahasabah diri dan mula terima realiti.

lu pun lebih kurang macam tu jugak kan?

oklah. gua kejap lagi ada meeting dengan bos gua. katanya nak review appraisal gua tahun lepas. doakan gua tabah.




Wednesday, February 22, 2012

tangguh

gila. lama gua tak update blog. jiwa kacau barangkali. gua ni emosional. nampak je firm kat luar, untouchable tapi hati gua macam puding caramel. lembik. fragile. cepat rosak bila pressure lebih sikit je. gua sebenarnya agak tensi semenjak dua menjak ni. mungkin sebab peralihan hormon. atau mungkin sebab gua rasa gua akan kehilangan benda yang gua sayang. ok. yang tu kita cerita kemudian.

gua stress. serius. stress dengan hampir semua benda. sebab gua rasa macam gua tak boleh handle things. gua dah tak cekap jadi problem-solver. gua suspect sebab gua jadi macam ni adalah sebab gua tak pernah nak ubah environment hidup gua. dari dulu sampai sekarang macam tu jugak. gua rasa gua patut explore dunia. cari kawan baru dan dengan kawan-kawan baru ni gua rasa baru gua boleh polish minda gua ni. sekarang tahap corrosion minda gua dah kritikal gua rasa, sebab tu sampai jadi blank bila nak rectify issues berkaitan kerja.

letih jugak nak fikir. gua ingat nak bercuti jauh-jauh. how i wish i can disconnect myself from the dreadful world.

esok lusa ah gua sambung. mood hilang. gua jadi stress lagi sebab problem yang gua dok hadap dua tiga minggu takde progress. bos gua asyik paku gua tak habis-habis.

tensi!

Monday, December 12, 2011

hutang

gua noticed gua banyak hutang dengan lu. hutang-hutang segala hujah bernas gua.kononnye lah.gua tak tau lah kenapa bos gua ni dengki sungguh dengan hobi gua ni. agaknya kalau gua masuk mainstream menulis ni gua lagi kaya dari dia kot? ohoyy!!

gua ada presentation esok. jadi gua kena lah buat preparation sikit sebanyak. harus maintain hemsem esok depan potential customer. harus nampak well prepared baru orang berani nak invest! untung-untung dapat projek juta-juta.

ok. gua dah start pressure. haih.

gua sambung esok lusa. kerja ni amanah. gua tak nak kena soal teruk-teruk depan Tuhan nanti. lu sanggup?

okbai!

Thursday, December 8, 2011

hati kristal

Gua kadang-kadang tak paham dengan hati manusia. Susah nak teka, susah nak predict. Tapi itu jugaklah yang jadi rebutan sekalian alam. Gua tak nafikan hati ni sifat dia misteri. Dan subjektif. Definisi hati dan perasaan terlalu kompleks nak diterjemah. Sebab itu hati adalah kerajaan tubuh yang paling mahal dan mewah. Sebab tu letaknya di jantung. Or whatever the placement should be, hati bikin jiwa kita bernyawa.

Gua lecture lu ni bukan nak show off knowledge gua tentang hati dan perasaan ni. Gua pun bukan pandai sangat pun. Cuma gua nak share apa yang patut lah.

Jadi tajuk malamni hati perempuan dan hati lelaki. Bincangkan.

eceh. dah macam soalan esei SPM pulak.

Gua rasa sebagai perempuan, takde lah complicated sangat pun lu nak paham hati perempuan ni. Perempuan ni ekspresif. mudah nak tebak apa yang dia rasa. tapi ada jugak yang payahnya. cuma gua tak berapa berkenan dengan perempuan ni sebab dorang suka pakai hint. Gua rimas otak jugak lah main puzzle-puzzle ni. kalau gua dah serabut alam nak terjemah hint gender gua sendiri, apatah lagi gender bertentangan kan? ohoyy!

Perempuan hatinya lembut. soft and tender. Tuhan cipta hati perempuan penuh dengan kasih sayang. Lu ada jumpa perempuan takde perasaan? Gua rasa kalau ada pun spesies macam tu either she was deeply hurt by someone she loved or dia alami trauma. dua keadaan tu je yang boleh buat perempuan hilang sifat kasih sayang dari hati dia. gua tak tipu, bhai.

Gua bagi contoh. mudah tapi gua tak paham kenapa lelaki susah sangat nak comprehend and grip fitrah perempuan ni.

perempuan akan lebih menyayangi kalau dia disayangi. kalau lu sayang perempuan, tapi lu tak pandai nak tunjuk, lu kena belajar. perempuan ni percaya yang cinta ni perlu bersifat visible. tak guna lu tabur harta berlian bagai tapi lu tak pernah nak ekspres perasaan sayang lu melalui kata-kata, and let her know that you love her alone. tapi tu lah, setakat yang gua pernah jumpa, lelaki ni ego. malu la kot nak jiwang bagai berayat-ayat kat partner. takut nampak lemah. haih.

gua sambung nanti. seram bhai dok sorang-sorang kat ofis.

gua janji gua sambung. okbai!

Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday #1


gua harap gua boleh sampai sini. doakan gua panjang umur dan Tuhan berkati rezeki gua.

lelaki tua vs lelaki muda. ohoyy!

lu pernah dengar kes anak dara jatuh cinta dengan suami orang? nak lagi hebat suami orang tu lelaki pertengahan umur. lu ada berani?

meh sini gua nak share some opinion sikit-sebanyak. nak terima ke tak nak, itu lu punya hal.

well...gua rasa zaman sekarang benda-benda macam ni bukan perkara baru. dah berlambak-lambak kat serata ceruk mana pun. orang sekarang takde hal nak terima benda-benda macam ni. perkara normal. nothing new. in fact, dorang lagi supportive terutama golongan suami-suami orang ni. ohoyy!!

gua ambil jalan tengah. gua tak side siapa-siapa pun. sebab gua tahu, mesti ada reason kenapa semuanya jadi.

member-member bujang gua yang masih mencari calon isteri ada jugak persoalkan apa yang gadis-gadis ni nampak kat suami orang? tambah-tambah yang umurnya hampir sebaya dengan bapak-bapak dorang. apalah yang bagus sangat dengan lelaki pertengahan umur ni jika dibandingkan dengan lelaki-lelaki muda trang tang tang?

gua bukannya ada experience pun dengan lelaki orang. having affair with someone's husband is deathly risky. lu ingat kalau lu tak pandai jaga rahsia lu boleh survive? silap-silap lu kena cantas kepala sama bini dia. perempuan sekarang bukan macam dulu weh.

gua bagi first credit kat lelaki middle age ni dulu sebelum gua proceed dengan hujah-hujah bernas yang lain.

lelaki pertengahan umur ni gua rasa matang dalam banyak segi. hidup pun dah stabil. anak-anak dah besar. liabiliti pun dah tak banyak sebab semua dah settle sikit-sikit masa muda. kerjaya pun cemerlang terbilang, dan mostly lelaki pertengahan umur ni bukan calang-calang orang bhai. most of them are CEOs, directors and paling cikai pun manager level. so tipu lah kalau awek-awek kat luar tu tak cair. lu layur sikit duit dengan perhatian, boleh lembik gadis-gadis woh!

gua bukan cakap gadis-gadis sekarang mata duitan. materialistik. itu survival. lu kena paham konsep mandiri. taraf hidup makin kronik sekarang dan itu hakikat yang tak boleh kita elak sebab kita hidup dalam dunia kapitalis. orang kerja bukan untuk hidup. orang kerja macam nak mati hanya untuk dapatkan apa yang mereka nak. lu jangan azankan gua lu kerja sebab lu ikhlas. sumpah lu tipu diri sendiri.

ok. back to the topic.

lelaki middle age ni pada gua dorang tahu cara nak jinakkan gadis. maksud gua, dorang tak gopoh. they know how to tame the tigress. they used a different approach to tackle the situation. bukan sebab dia berharta semata-mata bhai. lu kena ingat tu. material is not always everything. gua rasa part ni lu salah konsep. gadis-gadis ni bukan apa, kalau lu sabar sikit and tak pushy masa nak approach dia, gua gerenti bhai lu cinta terakhir dia!

lagi satu.

lelaki middle age ni penyabar. ni essential. ni lah yang lelaki muda tak ada. gua pun hairan. lelaki-lelaki muda ni gua notice dorang ego. kalau salah, manjang nak mengaku betul. bila sayang, malu nak ekspress perasaan. konon tak macho. puii. bila gadis berubah hati ke lelaki lebih berumur, mula mengutuk cakap mata duitan bagai. lu cermin diri lu dulu bhai sebelum lu nak tadah bengang lu kat gadis tu. haih.

speaking of sabar. maybe sebab lelaki middle age ni dah lalui banyak benda dalam hidup dia, jadi dia boleh anticipate reaction/feedback gadis-gadis. dia tahu macam mana cara nak handle the situation. oh. gua rasa lelaki middle age jugak pandai pujuk. dorang takde nak pakai ayat-ayat cinta bagai. they used psychology to persuade the ladies. art of persuasion tu gua rasa lelaki-lelaki muda tak ada.

banyak lagi yang gua nak bentang kat sini tapi nanti orang fikir gua bias pulak. gua bila tentang discuss opposite gender ni gua punya adrenaline rush lain macam sikit. jadi sebelum jadi tak tentu hala, gua nak stop. ambil whudhuk sikit kasi slow itu flow.

ok. bila-bila gua sambung. gua bentang pulak hujah pasal kenapa perempuan jadi buta tuli nak jugaaak kat lelaki macam tu.

workloads
gua dok tunggu gua ni. cuti tak approve. dem!

Tuesday, December 6, 2011

Public Display Affection

bila gua dah start dengan satu entri, gua mula ketagih nak post entri baru. memang. gua tahan nafsu menulis dekat berbulan-bulan. segala rasa kat dalam ni gua rasa tak tertanding dengan ikan pekasam air tangan arwah opah gua. lu bayangkan berapa banyak gua pendam rasa menggila nak menulis.

orang cakap dah umpama husband and wife tak jumpa seminggu. tu dia punya rasa. pergh! macam mana gua tahu? diam-diam sudah. jangan buat gua draf entri porno pulak.

sekarang ni gua nak cakap pasal PDA.

lu tau apa PDA?

bukan gadjet la mangkuk. PDA ni acronym untuk "Public Display Affection".

orang suruh rajin-rajin baca kamus, tapi lu khatam buku porno. sebab tu jadi macam tu.

gua nampak senario PDA ni semakin menjadi-jadi. tak kira lah kat facebook ke, twitter ke, instagram ke. pendek kata kat mana-mana laman sosial semua pakat nak show off affectionate feelings towards partner masing-masing. gua bukan dengki, jauh sekali teringin. cuma gua rasa macam tak berapa sesuai lah nak buat macam tu.

ada berapa reason gua rasa gua tak berapa setuju:

1. laman sosial adalah tempat bersosial
dah ramai kawan-kawan kat situ, lu ingat kawan-kawan lu hadap sangat nak baca status update jiwang lu kat awek/bf? tu tak masuk lagi ejaan yang tak berapa nak matang. gua malas nak articulate kat sini. kalau sikit-sikit tu gua rasa sweet lah jugak, tapi kalau setiap sejam lu post benda-benda macam tu, gua rasa gua pun tak payah tunggu food poisioning nak muntah kaw-kaw punya.

satu lagi contoh yang gua rasa memang tak patut.

yang dah kahwin pun lu update status lovey-dovey tu kenapa? motif? ke lu nak prove kat public yang lu dengan spouse lu loving gitu. gua rasa tak perlu bhai. sebab start dengan post benda-benda macam tu lah yang akan mulakan posting benda-benda yang lebih privasi. tak percaya? lu tengok berapa banyak status tak puas hati isteri kepada suami kalau keinginan tak dipenuhi. dia punya status tu emo yang takde kategori. bukankah secara tidak langsung menjatuhkan maruah suami yang seharusnya dijaga rapi? *angkat-angkat kening*

2. love is between two people
gua rasa bila kita cakap bab-bab perasaan ni, it is best to channel directly to the partner. maksud gua, cukup lah lu dengan partner lu tau apa yang masing-masing rasa. lu nak jiwang ke, lu nak bunga-bunga ke. simpan dua-dua je cukup. kalau gaduh pun macam tu jugak lah. gua rasa society sekarang ni kena paham balik concept privacy. tapi itulah. manusia pun banyak jenis kan? yang nak paham tu allhamdulillah lah. senang nak digest and install dalam kepala. yang paham tapi buat-buat tak paham tu yang payah.

setakat ni gua boleh bagi dua je. gua tak boleh concentrate sebab kerja gua pending banyak ni. kata bos gua, workloads akan menambah efficiency kerja gua. ptff!

esok lusa gua tambah. itupun kalau gua ingat lah sebab gua ni cepat amnesia.

jaga diri. gua ingat nak solat kejap. lupa pulak deting dengan Tuhan.



belajar menulis

hello dunia

gua rasa lega gila bila gua dapat kembali menulis. memang gua blogger tegar dulu. blog gua dah serupa macam separuh jiwa gua. gua menulis segala yang gua rasa. gua tak tapis sikit haram pun. sebab gua percaya rasa tu harus disalurkan seikhlasnya tanpa perlu ada tapisan. gua naif. serius. sampai yang mana harus disimpan kemas rapi gua buka dan bentang pada dunia. gua bogelkan private life gua buat tatapan umum. konon nak bagitau dunia yang life gua macam-macam.

gua kongsi setiap apa yang gua rasa. tapi gua lupa yang audience gua banyak. silent reader lebih banyak dari kawan betul. gua tak cakap lah gua ni femes sangat sampai banyak follower, tapi gua rasa terharu gila sebab gua ingat gua menulis syok sendiri. rupanya ada jugak yang nak baca. *lap hingus*

tapi itu dulu.

zaman tu gua naif. zaman gua fikir semua manusia baik. gua lupa, manusia sekarang opportunist. yang baik di depan kutuk kaw-kaw di belakang. yang bermulut longkang tak payah cakaplah. puii. hatta kawan baik sendiri pun. lu bagitau gua. spesies ikhlas ni wujud lagi ke?

gua jadi mangsa tulisan sendiri. dasar memang manusia hati busuk bangkai kan. tapi gua tau gua manusia. ada banyak batasan kudrat. tak ada banyak yang gua boleh buat pun. paling-paling kuat gua report kat SKMM. tapi kalau jenis busuk hati dengki khianat ni memang tak pernah muak pun nak musnahkan hidup orang.

gua doa buruk-buruk pun apa gua dapat kan? takpe lah. gua tahu Tuhan Maha Adil.

apa jadi kat blog tu?

gua tutup. puas hati. kalau gua nak berangan sorang-sorang gua bukak la sekali-sekala.

gua tak nak start entri dengan mengutuk orang-orang dalam bubble gua. sinful. bad luck kata orang. nak masuk rumah baru kena emit benda yang baik-baik kan? haha!

gua nak pecah tanah dengan benda-benda murni.

oklah. gua sambung nanti. gua ada tanggungjawab ni. lepas settle semua gua sambung sampai lu muntah-muntah nak baca.

ohoyy!