Tuesday, December 6, 2011

Public Display Affection

bila gua dah start dengan satu entri, gua mula ketagih nak post entri baru. memang. gua tahan nafsu menulis dekat berbulan-bulan. segala rasa kat dalam ni gua rasa tak tertanding dengan ikan pekasam air tangan arwah opah gua. lu bayangkan berapa banyak gua pendam rasa menggila nak menulis.

orang cakap dah umpama husband and wife tak jumpa seminggu. tu dia punya rasa. pergh! macam mana gua tahu? diam-diam sudah. jangan buat gua draf entri porno pulak.

sekarang ni gua nak cakap pasal PDA.

lu tau apa PDA?

bukan gadjet la mangkuk. PDA ni acronym untuk "Public Display Affection".

orang suruh rajin-rajin baca kamus, tapi lu khatam buku porno. sebab tu jadi macam tu.

gua nampak senario PDA ni semakin menjadi-jadi. tak kira lah kat facebook ke, twitter ke, instagram ke. pendek kata kat mana-mana laman sosial semua pakat nak show off affectionate feelings towards partner masing-masing. gua bukan dengki, jauh sekali teringin. cuma gua rasa macam tak berapa sesuai lah nak buat macam tu.

ada berapa reason gua rasa gua tak berapa setuju:

1. laman sosial adalah tempat bersosial
dah ramai kawan-kawan kat situ, lu ingat kawan-kawan lu hadap sangat nak baca status update jiwang lu kat awek/bf? tu tak masuk lagi ejaan yang tak berapa nak matang. gua malas nak articulate kat sini. kalau sikit-sikit tu gua rasa sweet lah jugak, tapi kalau setiap sejam lu post benda-benda macam tu, gua rasa gua pun tak payah tunggu food poisioning nak muntah kaw-kaw punya.

satu lagi contoh yang gua rasa memang tak patut.

yang dah kahwin pun lu update status lovey-dovey tu kenapa? motif? ke lu nak prove kat public yang lu dengan spouse lu loving gitu. gua rasa tak perlu bhai. sebab start dengan post benda-benda macam tu lah yang akan mulakan posting benda-benda yang lebih privasi. tak percaya? lu tengok berapa banyak status tak puas hati isteri kepada suami kalau keinginan tak dipenuhi. dia punya status tu emo yang takde kategori. bukankah secara tidak langsung menjatuhkan maruah suami yang seharusnya dijaga rapi? *angkat-angkat kening*

2. love is between two people
gua rasa bila kita cakap bab-bab perasaan ni, it is best to channel directly to the partner. maksud gua, cukup lah lu dengan partner lu tau apa yang masing-masing rasa. lu nak jiwang ke, lu nak bunga-bunga ke. simpan dua-dua je cukup. kalau gaduh pun macam tu jugak lah. gua rasa society sekarang ni kena paham balik concept privacy. tapi itulah. manusia pun banyak jenis kan? yang nak paham tu allhamdulillah lah. senang nak digest and install dalam kepala. yang paham tapi buat-buat tak paham tu yang payah.

setakat ni gua boleh bagi dua je. gua tak boleh concentrate sebab kerja gua pending banyak ni. kata bos gua, workloads akan menambah efficiency kerja gua. ptff!

esok lusa gua tambah. itupun kalau gua ingat lah sebab gua ni cepat amnesia.

jaga diri. gua ingat nak solat kejap. lupa pulak deting dengan Tuhan.



No comments: