Thursday, December 8, 2011

hati kristal

Gua kadang-kadang tak paham dengan hati manusia. Susah nak teka, susah nak predict. Tapi itu jugaklah yang jadi rebutan sekalian alam. Gua tak nafikan hati ni sifat dia misteri. Dan subjektif. Definisi hati dan perasaan terlalu kompleks nak diterjemah. Sebab itu hati adalah kerajaan tubuh yang paling mahal dan mewah. Sebab tu letaknya di jantung. Or whatever the placement should be, hati bikin jiwa kita bernyawa.

Gua lecture lu ni bukan nak show off knowledge gua tentang hati dan perasaan ni. Gua pun bukan pandai sangat pun. Cuma gua nak share apa yang patut lah.

Jadi tajuk malamni hati perempuan dan hati lelaki. Bincangkan.

eceh. dah macam soalan esei SPM pulak.

Gua rasa sebagai perempuan, takde lah complicated sangat pun lu nak paham hati perempuan ni. Perempuan ni ekspresif. mudah nak tebak apa yang dia rasa. tapi ada jugak yang payahnya. cuma gua tak berapa berkenan dengan perempuan ni sebab dorang suka pakai hint. Gua rimas otak jugak lah main puzzle-puzzle ni. kalau gua dah serabut alam nak terjemah hint gender gua sendiri, apatah lagi gender bertentangan kan? ohoyy!

Perempuan hatinya lembut. soft and tender. Tuhan cipta hati perempuan penuh dengan kasih sayang. Lu ada jumpa perempuan takde perasaan? Gua rasa kalau ada pun spesies macam tu either she was deeply hurt by someone she loved or dia alami trauma. dua keadaan tu je yang boleh buat perempuan hilang sifat kasih sayang dari hati dia. gua tak tipu, bhai.

Gua bagi contoh. mudah tapi gua tak paham kenapa lelaki susah sangat nak comprehend and grip fitrah perempuan ni.

perempuan akan lebih menyayangi kalau dia disayangi. kalau lu sayang perempuan, tapi lu tak pandai nak tunjuk, lu kena belajar. perempuan ni percaya yang cinta ni perlu bersifat visible. tak guna lu tabur harta berlian bagai tapi lu tak pernah nak ekspres perasaan sayang lu melalui kata-kata, and let her know that you love her alone. tapi tu lah, setakat yang gua pernah jumpa, lelaki ni ego. malu la kot nak jiwang bagai berayat-ayat kat partner. takut nampak lemah. haih.

gua sambung nanti. seram bhai dok sorang-sorang kat ofis.

gua janji gua sambung. okbai!

No comments: